Friday, September 11, 2009

Nek Jah sakit!

Kasihanlah Nek Jah. Tidak begitu sihat, lalu beliau terjatuh, dan kini Nek Jah semakin sakit. Hari ini, aku pergi ke rumahnya untuk menolong Saba menjaga Nek. Aku berpendapat bahawa Saba lebih kurang biadap dan aku juga lebih sukanya kini. Saba meminta aku untuk mengajarnya memasak. Aku bersetuju, tetapi hanya untuk Nek Jah, bukanlah kerana aku betul-betul nak menolongnya.... Er, itu apa aku kata kepadanya, tetapi aku kini berfikir lebih tentang perkataanku itu. Mungkin... mungkin sahaja...aku sukanya, dan bukan suka sebagai rakan sahaja. Harap Nek Jah cepat sembuh. (:
Firdaus ;D

Kenduri!

Wahai rakan-rakan,
Aku menaip lagi. (: Hari ini aku menghadiri sebuah kenduri di kampung. Saba disuruh untuk menolong makcik-makcik di dapur untuk memasak makanan untuk kenduri. AAAHHH aku memang muka tembok, makcik-makcik tu bergurau-senda, berjenaka yang aku berminat Saba. Merepeklah! Ah. Sebenarnya aku berasa.... oh tidaklah. Sekarang aku pula merepek. Hoho. Makcik-makcik juga bercakap buruk tentang Sabariah.Saba naik marah lalu mula bergaduh dengan makcik-makcik. Nek Jah pula, yang tidak begitu sihat, mencuba hentikan pergaduhan mereka, dan akhirnya beliau terjatuh. Kasihan Nek Jah, cucunya tidak tahu menghormati orang lebih tua. Walau bagaimanapun, aku berfikir bahawa perbuatan Saba itu tidak salah, bukanlah kesalahannya jika dia tidak tahu memasak. Hari ini aku berasa sungguh keliru.
Fir

Wednesday, September 9, 2009

Hmm...

Aku baru berada di kampung untuk beberapa hari sahaja, tetapi berasa seperti sudah lama di sini. Aku merindui bandar dan rakan-rakanku. Namun, keadaan di sini bukanlah bosan. Hubungan antara aku dan Saba sedang menjadi lebih baik, tetapi aku masih tidak begitu gemarnya. Aku tidak akan lupa hari pertama dia tiba, hari itu dia memanggilku mat kampung. Biadap.... Nek Jah kini tidak begitu kecewa dengan cucunya lagi. Aku befikir bahawa beliau gembira kerana tidak keseorangan, walaupun perangai Saba sungguh memalukan. Mungkin seorang akan mengajar Saba tu bagaimana untuk memasak lauk-pauk atau kuih-muih atau makanan apa-apapun yang sedap. Aku mesti pergi sekarang, jaga diri teman-temanku yang membaca ini.
Firdaus

Tuesday, September 8, 2009

Meradang

Lawatanku di kampung sungguh seronok! Hanya ada satu aspek kediamanku di sini yang menggangguku; Sabariah. Eleh eleh Toni, kamu ya, komen tadi, kata aku suka perempuan gila itu. Mana boleh!? Dia tidak tahu memasak atau membuat kerja-kerja yang sungguh mudah pun. Saba selalu berpura-pura bersikap berani dan lebih 'cool' daripada aku. Saba keluar dari rumah untuk pergi ke tandas pada larut malam. Dia jalan-jalan sambil mencuba mencari tandas, mengakibatkan aku berfikir ada perompak. Aku keluar untuk mencuba menahan perompak itu, tetapi sebenarnya gadis itu sahaja, lalu dia menjerit-jerit. Dia penakut! Saba takut keadaan gelap, befikir ada hantu. Dia juga menangis penuh kesedihan. Untuk apa? SELUARNYA. Dia menangis kerana seluarnya koyak dan kotor. Aku berasa sungguh gusar. Dia berfikir dia tu siapa?

Firdaus >:(

Monday, September 7, 2009

Kampung!

Aku baru sampai di kampung beberapa hari lalu...Sungguh syiok di sini. Memang sudah lama aku merindui rakan-rakan dan saudara-mara di sini. Semua orang dalam keadaan sihat dan gembira.Aku berpuas hati dengan keadaan kesihatan Nek Jah. Hmm... sebenarnya, aku berpuas hati dengannya sebelum kedatangan cucu Nek. Cucu Nek, Sabariah, tiba pada hari ini. Kata Nek, Saba datang untuk menolong dan menjaga Nek. Nek Jah meluahkan pendapatnya kepadaku. Kata beliau, "Nek Jah memang beruntung kerana Saba datang melawat Nek. Semasa Saba di sini, Nek tidak akan berasa keseorangan di rumah. Juga, mungkin Saba boleh menolong Nek dengan pekerjaan." Sebenarnya, aku berpendapat bahawa Sabariah seorang yang sombong, sungguh materialistik dan tidak bersopan-santun. Biadapnya memanggil aku nama. Dia pun merupakan beban kepada Nek Jah. Sabariah selalu berkata bahawa dia tidak gemar makanan yang disediakan. Dia ni asyik mengadu - seluarnya kotor, tidak suka tandas di luar, tiada hawa dingin. Apa dia menjangka? Perkhidmatan hotel? Ahh... aku patut pergi sekarang. Kepada rakan-rakanku di bandar, aku sering mengingati kamu. Harap kamu semua dalam keadaan sihat dan riang.
Rakanmu selama-lamanya,
Fir