Aku baru sampai di kampung beberapa hari lalu...Sungguh syiok di sini. Memang sudah lama aku merindui rakan-rakan dan saudara-mara di sini. Semua orang dalam keadaan sihat dan gembira.Aku berpuas hati dengan keadaan kesihatan Nek Jah. Hmm... sebenarnya, aku berpuas hati dengannya sebelum kedatangan cucu Nek. Cucu Nek, Sabariah, tiba pada hari ini. Kata Nek, Saba datang untuk menolong dan menjaga Nek. Nek Jah meluahkan pendapatnya kepadaku. Kata beliau, "Nek Jah memang beruntung kerana Saba datang melawat Nek. Semasa Saba di sini, Nek tidak akan berasa keseorangan di rumah. Juga, mungkin Saba boleh menolong Nek dengan pekerjaan." Sebenarnya, aku berpendapat bahawa Sabariah seorang yang sombong, sungguh materialistik dan tidak bersopan-santun. Biadapnya memanggil aku nama. Dia pun merupakan beban kepada Nek Jah. Sabariah selalu berkata bahawa dia tidak gemar makanan yang disediakan. Dia ni asyik mengadu - seluarnya kotor, tidak suka tandas di luar, tiada hawa dingin. Apa dia menjangka? Perkhidmatan hotel? Ahh... aku patut pergi sekarang. Kepada rakan-rakanku di bandar, aku sering mengingati kamu. Harap kamu semua dalam keadaan sihat dan riang.
Rakanmu selama-lamanya,
Fir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hey Fir... Toni kat sini ya... dari bandar. Fir tidak lupaku kan? Hahaha... Sabariah? Eh, eh. Awak ni, Fir... mengadu tentang orang lain tapi sebenarnya .... baiklah aku tidak kata lagi ya...
ReplyDeleteHI FIRDAUS!!!
ReplyDeleteIni Jasmin, pertama kali aku melihat blog kamu ini. Aku harap semua orang di sana dalam keadaan selesa ya? Saba? Haha baiklah saya faham Fir berasa marah dengannya, tetapi mungkin dia tidak pernah melawat kampung? Janganlah marah-marah ya, mungkin Fir boleh menolongnya belajar tentang adat-adat kampung? Aku patut pergi sekarang, jaga diri, ya. (:
Hello Firdaus,
ReplyDeleteSemua orang di bandar merindui kamu. Tidak syiok lagilah, tanpamu. Kami memahami Fir amat suka berada di kampung,tetapi jangan lupa kami semua menunggu untuk Fir pulang. Haha jaga diri!
Siti, Ahmad, Khalid, Farisa, Rokmah, Taliah