Wahai rakan-rakan,
Aku menaip lagi. (: Hari ini aku menghadiri sebuah kenduri di kampung. Saba disuruh untuk menolong makcik-makcik di dapur untuk memasak makanan untuk kenduri. AAAHHH aku memang muka tembok, makcik-makcik tu bergurau-senda, berjenaka yang aku berminat Saba. Merepeklah! Ah. Sebenarnya aku berasa.... oh tidaklah. Sekarang aku pula merepek. Hoho. Makcik-makcik juga bercakap buruk tentang Sabariah.Saba naik marah lalu mula bergaduh dengan makcik-makcik. Nek Jah pula, yang tidak begitu sihat, mencuba hentikan pergaduhan mereka, dan akhirnya beliau terjatuh. Kasihan Nek Jah, cucunya tidak tahu menghormati orang lebih tua. Walau bagaimanapun, aku berfikir bahawa perbuatan Saba itu tidak salah, bukanlah kesalahannya jika dia tidak tahu memasak. Hari ini aku berasa sungguh keliru.
Fir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tina kat sini ya... hi Firdaus. Kasihan Nenek kau, bagaimana beliau sekarang? Memang bahaya untuk orang tua terjatuh. Eh Fir, kau ni tak habis ayat. " Sebenarnya aku berasa.... " Berasa apa ya? :P
ReplyDeleteHey Fir. Jasmin lagi. ;D Ya, cepat menjawab soalan yang ditanya Tina. :P hehe. Harap keadaan Nek Jah semakin lama semakin baik.
ReplyDelete