Tuesday, September 8, 2009

Meradang

Lawatanku di kampung sungguh seronok! Hanya ada satu aspek kediamanku di sini yang menggangguku; Sabariah. Eleh eleh Toni, kamu ya, komen tadi, kata aku suka perempuan gila itu. Mana boleh!? Dia tidak tahu memasak atau membuat kerja-kerja yang sungguh mudah pun. Saba selalu berpura-pura bersikap berani dan lebih 'cool' daripada aku. Saba keluar dari rumah untuk pergi ke tandas pada larut malam. Dia jalan-jalan sambil mencuba mencari tandas, mengakibatkan aku berfikir ada perompak. Aku keluar untuk mencuba menahan perompak itu, tetapi sebenarnya gadis itu sahaja, lalu dia menjerit-jerit. Dia penakut! Saba takut keadaan gelap, befikir ada hantu. Dia juga menangis penuh kesedihan. Untuk apa? SELUARNYA. Dia menangis kerana seluarnya koyak dan kotor. Aku berasa sungguh gusar. Dia berfikir dia tu siapa?

Firdaus >:(

2 comments:

  1. Fir!!! TONI LAGI! Kamu tu, kata tak suka dia, tetapi kamu hanya menaip tentangnya. Meradang atau tidak, setiap perkataan kamu tu mengenai dia kan? Bodoh kau, bukankah lebih baik mengakui sahaja? :P

    ReplyDelete
  2. HOI HOI FIRDAUS!!!!
    Apa khabar? Aku tidak dapat membaca apa-apa tentang kehidupan harian kamu, kerana seluruh perenggan itu adalah tentang SABARIAH. hehehe. Sebenarnya aku bersetuju dengan Toni.(:
    <3, Saleha

    ReplyDelete